Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Saturday, October 29, 2011

30 Nov 2011

Hari minggu yang membosankan.....
7.00a.m.
Buat sarapan utk hubby.Hari ni dia keje lagi..Ada majlis Konvo UTHM.
8.00a.m.
Mandikan anak2,kemas umah,basuh baju.
10.00a.m.
Start nak buat xsment tapi tak ada idea.Kepala ni rasa macam dah berkarat.Then aku wat spbs lak..Buat setakat sorang budak jer..evidence leh tertinggal kat sekolah lak.Tu pun wat laporan Utk Farza je.Nak buat utk murid yang lain takut silap.Naya lak kalau main taram jer..Farza x pe Anak ku sendiri.he3...
11.00a.m
Layan blog..hu3...kalau macam ni bila keje nak siap?

Monday, October 24, 2011

Atuk Dalam Kenanagan...


Pada 15 Oktober 2011 jam 5.00 pagi aku telah kehilangan satu2nya atuk.Agak sukar bagi diriku untuk menerima kehilangan ini.Walaupun mulutku berkata aku redha dengan pemergiannya tapi hatiku masih berat untuk terima semua ini.Aku rasa amat terkilan kerana tidak sempat untuk berjumpa dengannya semasa hayatnya.Kesibukkan diriku ini yang membataskan aku untuk melawatnya di hospital.Aku telah merancang untuk melawatnya pada 15hb Oktober selepas habis kuliah OUM tapi aku tak sempat kerana Allah lebih menyayanginya.Pada malam sebelum aku menerima berita yang menyedihkan itu, aku telah bermimpi yang arwah datang berjumpa denganku..Dalam mimpiku,atuk memberitahuku yang dia telah sihat.Kulihat wajahnya bersinar2 dan gembira.Dia memberitahuku agar berjumpa dengannhya di rumah dan tidak perlu ke hospital..selepas itu aku tersedar dari lenaku dan menerima panggilan telefon dari Hidyah,adikku.Rupa2nya mimpiku itu menjadi sebalikknya...Semoga arwah Datukku,Sahari@ Hj Habullah bin Hj Idris ditempatkan di tempat orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat.