Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Sunday, November 25, 2012

Neuron Motor Disease


penyakit yang dikenali sebagai penyakit neuron motor atau Motor Neuron disease (MND) adalah sejenis penyakit saraf yang jarang didapati tapi boleh mengakibatkan kematian. Penyakit ini berlaku apabila sel2 yang mengawal pegerakan saraf tunjang mati dan tidak lagi berfungsi seperti biasa.
walaupun penyakit ini tidak menjejaskan akal fikiran dan penglihatan pesakit, tetapi mereka akan lumpuh. Apabila sakit semakin serius, mereka hanya mampu terlantar di atas katil sahaja. Hilang keupayaan untuk bercakap dan mungkin juga untuk menelan makanan. Tidak ada rawatan bagi penyakit ini. Jangka hayat mereka dianggarkan antara 6 bulan hingga 10 tahun selepas disahkan mengidap penyakit ini.


ada dua faktor kemungkinan penyakit ini. faktor keturunan atau jangkitan virus. Memang susah mahu mengesan penyakit ini pada peringkat awal. Pesakit hanya menyedari selepas beberapa bulan menghidap penyakit ini.  Mereka akan mula berasa kelainan apabila kadangkala gagal mengerakkan tangan atau mengalami kekejangan otot. selalu berasa pening dan mahu pitam. Arwah Mokhtar Dahari dan Borhanudin Joned, kedua-duanya pemain bola sepak dan bekas jurulatih yang pernah terkenal suatu masa dulu menghidap penyakit neoron motor ini.


Tuesday, November 13, 2012

KELAS PIKT 99-02

Hari ni bosan x tau nak buat apa.Tgk album lama tetiba nampak gambar ni.Rasa rindu lak ngan rakan2.Banyak kenagan pahit dan manis aku di sini.Pertengahan Tahun 1999 aku telah berjaya memasuki Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan.Kali pertama dalam hidup aku jejak negeri Kelantan.Masa tu x tau nak kata apa.lgpun dapat maksuk maktab ni pun sebab mak paksa jadi cikgu so aku g je la..Masa pendaftaran, aku uruskan sendiri.mak ngan ayah just tunggu je..Bila dah habis pendaftaran, aku telah dikumpulkan ikut opsyen masing2.Aku Opsyen Pengajian Inggeris/Kajian Tempatan atau lebih dikenali sebagai PiKat.Bersesuaian ngan nama PiKat kerana opsyen aku ni ramai pompuan.Dalam kelas aku ni ada 29 perempuan dan 4 lelaki sahaja.Tapi masa semester 3/4 seorang member lelaki kelas aku mengundurkan diri kerana x berminat dengan bidang perguruan ini.Sekarang ni dia dah keje ngan JPJ.so tinggal la 3 lelaki..salah sorang kwn perempuan class aku telah pun menghadap Ilahi, kak Rafeah.Arwah ni paling senior daripada kitaorg& paling tinggi dalam class.Arwah sangat baik.

dlm class..masa ni baru lps gotong royong kemas kelas.

Monday, November 12, 2012

HARI ANUGERAH


FAZA MENUNGGU GILIRAN UNTUK MENERIMA ANUGERAH.TAHNIAH ANAKKU KERANA TELAH BERJAYA MENDAPAT BAND TERBAIK BAGI SUBJEK SAINS TAHUN 2.





MY SON,MUHD AIMAN FAHIM(3 DARI DEPAN)

FAZA & HER FRIENDS

Sunday, November 11, 2012

Sultan Johor datang ke sekolahku..

Kedatangan Sultan Johor disambut oleh guru2, murid2 dan rakyat jelata.













Ambil gambar kenangan dengan kereta sultan dan kereta para pengiringnya.
depan kete
kete pengiring Sultan.










belakang kete



Keberangkatan Sultan.


Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu..

Tahniah diucapkan buat satu2nya adik lelakiku. betul kata pepatah orang tua dulu2 " Tuah ayam nampak dikaki Tuah manusia tiada siapa yang tahu.." Kalau nak diimbas kembali nostalgia zaman kanak2 dulu adik laki aku ni bukanla dikalangan org yang cemerlang.Pelajarannya biasa2 jer..Ingat masa dia kecik2 dulu, duit pun tak kenal.kalau belajar tu mmg lambat dapat tapi satu yang aku bangga ngan dia ni. Dia ni seorang yang rajin dan taat orangnya.Agaknya sebab tu la dia boleh berjaya.Aku bangga kerana dia la satu2nya  ahli dalam keluargaku yang berjaya ke menara gading dan sekarang ni telah pun mendapat master  dalam pengajian sastera di UPM. Semoga dia menjadi inspirasi kepada anak2ku kelak..Tahniah, buat Muhammad Nur Hafizuddin .

Friday, October 19, 2012

KONVOKESYEN UTHM KALI KE 12

20 OKTOBER 2012 akan diadakan gown town.macam biasa la hubbyku pasti bz menguruskan majlis ni..harap2 tahun ni x berujan lagi la dia..pagi tadi aku ngan anak2 beraerobik..yang beria2 aerobik aku,anak2 just tgk sambil makan jajan..hampeh tul!

Sunday, October 7, 2012

Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa) Lirik

kurus oh kurus....

Bagaimana mahu kuruskan badan tanpa ubat-ubatan.

Tiada sesiapa dalam dunia ini yang mahu kelihatan tidak menarik apatah dilihat sebagai gemuk dan tidak aktif. Justeru, kebanyakan daripada kita akan melakukan apa sahaja asalkan mendapat bentuk tubuh yang cantik.

Di sinilah punca pelbagai masalah bermula di mana keghairahan kita untuk kelihatan menarik menjadikan kita buta terhadap kesan-kesan negatif amalan kecantikan yang menggunakan ubat-ubatan.

Berbagai cara dilakukan untuk menguruskan badan.

Ada yang menggunakan pil pelangsing atau ubat-ubatan tertentu bagi merampingkan tubuh badan.

Sedarkah anda, untuk meguruskan badan sebenarnya tidak memerlukan ubatubatan yang belum tentu keberkesanannya. Berikut beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi menguruskan badan.

Jangan suka berlapar

- Makanan memberikan tenaga.

Apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang dimakan, tubuh akan mengalami kejutan.

Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyababkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah.

Banyakkan minum air kosong - Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan memetabolisme simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pastikan anda tidak akan makan dengan banyak.

Elakkan minuman berkarbobat - Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula. Jumlah pengambilan gula sebanyak ini tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Kurangkan garam - Pengambilan garam yang tinggi menggalakan pengumpulan air dalam badan. Dengan mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

Sarapan itu penting - Anda boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan akan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

Jangan gelojoh - Nikmatilah makanan dengan perlahanlahan dan jangan gopoh. Apabila makanan dikunyah secara perlahan-lahan,tubuh akan menghantar isyarat yang menunjukkan kepuasan.

Gigit makanan dengan cebisan lebih kecil sebelum menelan. Dengan cara ini makanan lebih mudah dihadam.

Kerapkan makan - Biar makanan yang kerap, tetapi dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali, atau dua kali tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Limau dan oren juga membantu - Apabila makan di restoran atau di gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman yang masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang mengandungi kurang gula.

Pilih serat bukan Lemak - Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral serat kandungan lemak yang rendah.

Anda apa yang anda fikirkan - Jangan menimbang berat badan setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya.

Jika anda minum dengan banyak, kemudian menimbang berat badan, pasti berat badan akan meningkat. Ini menyebabkan anda berasa putus asa untuk berdiet.

Ambil makanan yang berempah - Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak.

Bijirin itu baik - Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


Kesihatan lebih baik daripada kurus - Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan untuk kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah hasrat anda untuk memilih makanan yang boleh menyihatkan tubuh badan Bukan setakat fikir masakmasak - Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Bagi sayursayuran, tumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari dari menggunakan lemak haiwan.

Piring juga memperdayakan - Ketika memilih piring makanan, ambillah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran terlebih dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir lauk dagingnya.

Jika ingin tambah makanan, hanya sayur-sayuran yang diambil.

Banyakkan berjalan - Biasakan berjalan-jalan sesudah makan.

Ini akan membantu dalam menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori akan digunakan.

Kurangkan Gula - Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. - Oleh Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPK L); PKPK L@hotmail.com

saya ambil article ini di:
http://anizyn.blogspot.com

dengan ucapan thanks anizyn.blogspots. minta izin share yer...

Saturday, October 6, 2012

lanskap



Lanskap latest bandar Batu Pahat.Lanskap ni siap betul2 nak raya Aidilfitri...Kita pun raya nak serba baru, Bandar Batu Pahat pu sama gak la...

Video Penerangan KSSR

Saturday, August 4, 2012

Jalan2 g Bandung...

TANGKUBAN PERAHU, BANDUNG INDONESIA.

WITH MY HUBBY...

ONE OF THE MOSQUE IN JAKARTA.

Saturday, May 5, 2012

Anak-anakku....

Inilah Permata hati ku...
Dari kanan:Faza, Aiman and Scha.
Faza:anak sulongku,perangainya selalu membuatkan aku geram.dia ni suka merengek 2.x blh berlebih kurang.kalau nak buat sesuatu ikut mood dia.kalau mood dia baik semua keje dia buat.dia ni manja dan yang aku perhatikan dia ni amat mementingkan persahabatan dan kalau ada apa2 dia x suka mengadu..pandai simpan rahsia kwn dia..
Aiman:seorang yang sangat manja.suka mengalah,ikut peraturan (kira skema),suka buat hal sendiri.jarang buat aku marah.dia sgt istimewa..semoga Allah mempermudahkan hidupnya.
Scha:seorg yang sgt aktif,x reti duduk diam,suka kacau org,suka buat kerja sendiri dan x suka dibantu,garang x suka pada peraturan,,suka jadi ketua dikalangan kakak n abangnya.dia ni mmg lain dari yang lain.
Walaupun anak mama ni ada mcm2 perangai tapi mama n ayah tetap sayang korang..

Sunday, January 29, 2012

29 Jan 2012

pagi ni aku mendapat briter yang menyedihkan...salah seorg rakan KDP 14 minggu merangkap member OUM aku telah kembali ke rahmatullah..Arwah seorang yang sangat baik, Dulu masa KDP 14M arwah merupakan ketua kumpulan.Tak sangka ajalnya telah tiba dan arwah tak sempat pun menghabiskan pengajiannya.Kalau nak exam pasti arwah akan call aku. Al- Fatihah buat sahabatku Cikgu Razali bin Ali.Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang soleh..Amin...