Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Saturday, November 14, 2009

AKTIVITI AKHIR KOKO SESI-09

14 November 09 merupakan hari terakhir untuk aktiviti koko di sekolah aku.macam biasa sebelum memulakan aktiviti, murid2 dikehendaki berkumpul di dataran untuk menyanyikan lagu jalur gemilang, lagu negeri johor dan ada satu lagu wajib yang selalu mereka nyanyikan.(aku pun tak tau aper ntah tajuk lagu tu).sepatutnya selepas nyanyian ada latihan kawad kaki tapi terpaksa di buat selepas kul 10pg...ni gara2 penyelaras koko tak dapat hasdir awal coz hantar anak g spital-sakit.so lepas nyanyian aku bawak la budak2 masuk ke kelas ikut unit beruniform masing2.aku handle budak TKRS.dalam kelas aku n suzana buat games.enjoy la gak budak2 tu...dalam kul 9.30pg kitaorang serahkan tugas kat cikgu baha.cikgu baha(TKRS) n cikgu arif (pengakap) join buat aktiviti memanggang ikan, ubi kayu n kentang.budak2 puteri islam lak buat sandwich.masa belajar memanggang / bakar ni macam2 ragam yang kitaorang tgk.almaklumlah budak2 ni bukan biasa sangat ngan panggang memanggang ni...ada satu kumpulan tu sampai hangus itam legam ikan nyer tapi ikan tu bukannyer masak pun..

Friday, October 23, 2009

"open house"


kat umah kak zehra


kat umah kak lila.

minggu lepas, selepas sekolah aku n rakan2 g umah terbuka muhairani n umah kak lila.sayang masa kat umah kak ai aku terlupa nak amik gambo.kak ai jamu kitaorang macam2...paling best air mangga dia..sedap.dia buat sendiri.kat umah kak ai aku makan banyak sangat.abis diet aku.tak tahan godaan makanan yang sedap2 tu....
selepas g umah kak ai kitaorang g umah kak lila lak. kat umah kak lila kitaorang di jamu ngan laksa johor.emmmm...sedap sangat!kebetulan aku mmg suka makan laksa johor..kak umah kak lila aku sempat gak amik gambo.
lepas g umah kak lila, aku, kak sue, kak yus n kak rohaizah singgah sekejap kat umah kak zehra.lama tak jumpa dia.almaklumlah dia sekarang mengajar kat convent.makin cantik lak aku tengok kak zehra sekarang ni....
raya pun dah lepas, sekarang ni terpaksa la aku control makan.masa bulan pose berat badan ada la turun sket, bulan syawal berat badan naik mendadak...tentionnyer!!!!!!macam ner nak turunkan berat badan ni?

aktiviti budak2 tahun 6 2009.






minggu lepas budak2 tahun 6 sekolah aku buat pertandingan nyanyian hari raya.macam2 ragam yang aku lihat....tak sangka ada dikalangan diaorang ni yang berbakat dalam nyanyian n lakonan.kreatif gak....
program ni kak sue yang rancang.sajer2 untuk mengisi masa untuk budak2 tahun 6 yang dah habis upsr.daripada mereka buang masa macam tu ajer baik buatkan diaorang program.sekurangnya ada gak kenangan yang terindah yang boleh mereka ingat zaman2 sk rendah.

Friday, October 2, 2009

KENAGAN BERSAMA KDP 14 MINGGU OUM AMBILAN JUNE 09









dari kiri:aku, kak kinah, kak iza , kak nida and kak saba

Semalam, 2 Oktober 2009 merupakan hari terakhir ku bersama-sama ngan rakan2 KDP 14 Minggu.Banyak betul kengan manis bersama mereka walaupun sekejap jer masa tu berlalu.Rasa sedih bila berpisah ngan rakan2. rakan2 ku ramai yang menitiskan airmata, aku lak tak boleh menitiskan airmata...ramai kata aku ni tak ada perasaan tapi pada hakikatnya hati ni sedih...
Di KDP ni aku ada rakan baik..klik la kiranya,mereka ialah kak kinah,kak iza, kak yati, kak nida n kak saba.mereka ni baik sangat ngan aku...sebelum kitaorang brpisah...kitaorang ada bertukar2 souvenir.kak iza n kak sakinah bagi kitaorang brooch, kak saba bagi perfume,kak yati bagi bahan baju warna hijau n kak nida bagi kitaorang beg duit n towel kecil. aku lak bagi barang kenang-kenagan sampul handphone.
kak yati


Next week kitaorang semua akan bertugas semula kat sekolah masing2.walaupun, kita tak jumpa lagi harap2 kita semua dapat berjumpa kat smp.....Insyaallah...

kenangan di crystal inn...



kenangan jamuan kat kelas.....



Kenangan yang tak dapat dilupakan........


Tuesday, September 22, 2009



SELAMAT HARI RAYA......

Salam,
Hari ini merupakan hari raya yang ke-4. Cepat betul masa berlalu. Semalam aku tak kemana pun. Dok umah jer, kebetulan semalam ada kawan aku datang, Kak Aisyah sera anak2nya and makcik, sepupu serta adik aku datang beraya.
Hari ni lak mak mertua aku ajak beraya...dugaan tul la...aku satu aper pun tak baca buku lagi ni..Hari Isnin dah exam...Adoi!!!macam ner ni?!..malam tadi nak buat LMS asyik hang jer...
Susah la nak cakap, sekarang ni kan bulan raya...tak g umah sedara mara tak patut lak...
lupa lak aku masuk blog hari ni sebenarnya nak wish kat membe yang mengenali diriku ini n kepada semua2 blogger yang dah penah ygk blog aku yang ntah aper ntah ni...
aku n family nak ucapkan selamat hari raya. maaf zahir dan batin. raya jemput la datang umah...

Friday, September 18, 2009

raya!!!!




Raya tinggal beberapa hari je ni..Insyaallah Ahad ni raya.Pada aku tahun ni kemeriahan raya tu hanya untuk anak2 jer...Tahun ni macam2 dugaan la.Nak raya sakan pun tak kot...sederhana je.Lagipun orang sibuk2 raya aku kena study coz naik cuti raya aku terus final exam...tak best tul raya tahun ni....

Nak kemas umah pun tak ada mood.Kain baju ada 2 bakul tak berlipat ni...Siang tadi konon2nya nak kemas umah tapi hampeh...baru je nak kemas anak2 aku dah tolong kemaskan...si baby tu lagi la pandai mengemas.At last, aku n family balik kampung hantar kuih raya n air botol.Sampai BP tadi dah kul 5.30ptg.aku terus ke dapur masak..Hari ni hubby aku nak makan mee hoon goreng la pulak...kalau ikutkan ati malas nak masak.

Tadi husband aku xcited nak amik gambo anak2nya pakai baju raya.Raya tak lagi dah bz nak pakai baju raya...Apa lagi melaram la anak2 aku ngan baju raya diaorang..NAk amik gambo dah sikit punya susah lagi2 Eisya.Aiman lak asyik buat lawak n tak serius bila amik gambo.Faza tak yah citer la...dia mmg minah melaram.Penat gak layan 3 kepala ni...

Tahun ni aku raya BP dulu..Aku masak ngan mak mertua aku tahun ni...Mak mertua aku dah suruh aku buat sambal kacang.Maybe malam ni kalau tak pun esok pagi lepas sahur aku buat sambal kacang tu...ayam dalam 5 ekor aku nak goreng esok..minta2 Eisya tak meragam la...barang2 tak belanja lagi ni..pagi tadi ujan lebat.esok pagi lepas subuh hubby aku g pasar. Nasib baik la umah aku ngan pasar dekat jer...senang la sikit. jangan hubby aku malas bangun pagi esok sudah...bukan ape esok mesti ramai orang yang g belanja nak raya ni.

Thursday, September 10, 2009

15 dec 2002




salam..hari entah kenapa tergerak nak menaip kat blog ni.



sajer2.tadi tengok album lama masa kawen dulu..macam tak sangka jer dah dekat 7 tahun aku hidup bersama dengan suami tercinta, azaruddin bin abu bakar. sepanjang perkahwinan aku dengan dia banyak dugaan yang kitaorang tempuhi...biasa la adat orang kawen mmg macam ni kalau tak ada gaduh tu pelik lagak..



15 december ni genap la 7 tahun tarikh perkahwinan aku dengan dia..minta2 tahun ni dapat la kitaorang celebrate aniversary perkawinan kitaorang coz last year tak dapat. aku bersalin..so tak ada la candle night dinner...tapi hadiah still dapat..last year dapat hadiah istimewa..dapat bb baru..adreena farisya( nama ni husband yang bagi).

gambar ni ngan mak n bapak mertua..masatu tuhan jer la yang tau betapa letihnyer aku...almaklumlah seminggu sebelum majlis persandingan aku baru selesai kursus etems.dah la bulan pose..persiapan semua buat sendiri.bz nak raya nak kawen lagi... umah pun aku ngan adik2 yang cat.penat....
tapi semua tu tinggal kenangan...sekarang ni aku bahagia bersama dengan 3 orang anak yang boleh dikatakan aktif n comel2 belaka....( afrina farzana, muhammad aiman fahim dan adreena farisya) mama dan ayah sayang korang!!!

Wednesday, September 2, 2009

baka dan persekitaran yang mana lebih mempengaruhi????

Salam...

Hari ni aku tak tido langsung coz nak menyiapkan xsment psikologi ni...pening gak nak buat...sebelum ni dah siap tapi ntah kenapa semalam leh tergerak nak call lecturer aku tanya ttg konsep yang macam ner dia nak.Aku dah siap tapi tak tau la betul ker tak.Kebetulan kajian yang aku buat tu ada lari sket dari kehendak dia dah terpaksa edit.Alhamdulillah akhirnya siap gak...
Kat sini aku nak kongsi sikit la tentang aper yang aku dah buat kajian mengenai "baka atau persekitaran yang mana lebih mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia".

Bila memperkatakan baka atau persekitaran yang maner lebih mempengaruhi? pada pendapat aku la kedua2 faktor ini sebenarnya memainkan peranan dan sama-sama penting.
Jika kiter lihat dari segi ilmu perubatan, melalui genetik/ baka, sifat-sifat, ciri atau perwatakan seseorang sedikit sebanyak pasti diwarisi dalam susur jalur wari genetiknya.seperti penyakit kencing manis adalah salah satu faktor bawaan genetik keturunan.

Dari perspektif islam pula mengatakan bahawa keturunan memainkan faktor yang besar dalam kehidupan, ini dapat dilihat dalan saranan agama islam tentang ciri-ciri jika ingin memilih pasangan. Jelas disini faktor baka telah digariskan dalam peringkat awal perkembangan individu yang bakal dilahirkan dalam keluarga islam.

Dalam perjalanan kehidupan seseorang, faktor baka sedikit sebanyak mempengaruhi teras peribadi seseorang tetapi sejauh mana ia mempengaruhi ianya bergantung pada proses kematangan dan motivasi kendiri sesorang individu. Dalam proses inilah persekitaran memainkan peranannya.Dimana dalam mempengaruhi perilaku, perwatakan dan peribadi seseorang individu.

Perjalanan hidup seseorang individu memang banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaranseperti pembelajaran yang dilalui sepanjang hayat, pengaruh keluarga dan rakan sebaya, gaya hidup seharian, didikan family dan pengaruh media massa dan cetak.
Ada sebilangan ah li sosiologi mengatakan bahawa persekitaran adalah lebih penting berbanding baka.Menurut mereka , kecerdasan seseorang individu bukanlah diwarisi tetapi dikembangkan oleh faktor persekitaran.

Sebaliknya ahli psikologi pula berpendapat bahawa kecerdasan diwarisi melalui faktoir baka.ianya dalah sebagai pemula dan bertindak sebagai acuan kepada variasi perbezaan individu.

So, disini inginlah saya rumuskan bahawa kedua-dua faktor ini sebenarnya saling berkait.Dari sudut penilaian masa, faktor baka memainkan peranan sebagai pelopor peringkat permulaan. Namun peranan kedua-duanya adalah sama-sama kuat dan penting. Pokok pangkalnya, manusia harus bijak menangani segala isu yang timbul dan cuba mencari penyelesaian segera. Jika tidak, ianya akan merosakkan masa depan individu tersebut seterusnya akan menjadi noda hitam dalam pembentukan masyarakat harmini dan negara yang aman.

Friday, August 28, 2009

resepi....resepi...

Setiap kali bulan puasa mesti asyik terpikir nak masak aper? kalau tak belasah jer...Semalam aku buka blog Kak Lila and Kak Ailin.Dapat la resepi...rindu lak pada dia orang.
Dulu kalau bulan puasa aku ngan Kak Lila selalu borak2 tentang aper nak makan untuk berbuka.Kak Lila biasanyer kalau bulan puasa dia and family dia tak makan nasi.Kitaorang kadang2 borak pasal tempat2 maner yang sedap untuk g berbuka...Tu kalau malas nak masaklah.Kalau Kak Lila baca blog ni mesti dia gelak ...hehehe...biasa la terkenang masa dulu2.
Dengan Kak Ailin lak selalunyer aku minta resepi.Sebabnyer dia ni ada buku resepi then dia rajin serve internet.Pernah satu ketika tu aku call dia semata2 nak minta resepi.Masa tu rasanyer nak masak ikan tenggiri.Kak Ailin pun rajin bawak makanan.Teringat masa aku pregnant dulu, dia la yang rajin bawak makanan untuk aku.Macam2 gak paling aku tak lupa biskut yang dia bawak tu..sedap tapi tak tau lak aper namanyer. Tak lama lepas tu dia pindah ikut suami...sedih sangat...kurang membe aku kat sekolah.yang tinggal Kak Sue jer..
Dengan Kak Sue lak aku gaduh jer...tapi sebenarnya kitaorang close.Ala gaduh2 manja...hehehe. Ngan minah ni satu resepi pun tak leh dapat coz dia ni tau makan jer...(jangan marah kak sue).Kalau buka blog dia tak sudah2 ngan artis korea dia.Ngan dia ni selalunyer aku pinjam cd2 korea la...aper lagi laaayan....Favourite makanan dia ialah masak asam pedas.
ghindunyer masa2 dulu....kalau la masa itu boleh di undurkan semula kan best.tapi mustahilkan..

Monday, August 24, 2009

PTK.....

salam...
Tinggal berapa jam lagi jer aku nak g SMT Batu Pahat( Sekolah Menengah Tinggi kot...minta2 betul la.Aper la slip ni 2lis la nama penuh sk tu,kalau clap susah gak). Hari ni aku amik peksa PTK-Khusus P&P.dah banyak kali dah g amik tak lepas2 lagi. Mintak2 kali ni lepas la.Tadi try la jawab soalan scr online-susahnyer...paling banyak aku score 83% jer...boleh lepas ker aku nanti ni.
Ini kali pertama aku g amik peksa kat SMT.Sebelum ni aku peksa kat area Parit Raja.Ntah macam ner leh sesat lak kat sini.Tapi tak aper sekolah tu dekat jer ngan umah aku..jalan kaki pun sampai.
Agak2 susah nak jawab aku tembak jer la.Nasib baik semuanyer dalam objektif kalau dalam bentuk struktur naya gak....doakan kejayaan aku yer....AMIN..chayok2

Sunday, August 23, 2009

konvo adikku...




semalam(22 ogos 09) angah datang umah.dia bawak gambo konvo adikku, sudin.jeles lak bila tengok gambo2 tu...almaklumlah aku tak dapat g meraikan konvo sudin( 9 ogos 2009).masa tu hubby aku bertugas utk konvo uthm.lagipun hari esoknya aku ada mid term exam.banyak gak din dapat hadiah.aku cuma dapat kirimkan dia sejambak bunga...bertuahnya dia dapat banyak hadiah .masa aku dulu tak ada pun....tapi aku bersyukur mak ngan ayah dapat gak g masa aku konvo maktab dulu.


rasanya baru semalam jer aku meninggalkan zaman maktab. sedar tak sedar dah dekat 8 tahun aku tinggalkan maktab.sekarang ni masuk maktab semula tapi bukannyer kbtc..rasnya masa belajar masa zaman muda2 dulu lain sekali dengan sekarang ni. aku rasa sekarang ni lebih mencabar kalau dibandingkan dulu.


rindunyer aku dengan suasana di kbtc.banyak kenagan manis dan pahit aku disana.disana banyak perkara yang aku pelajari..

Friday, August 21, 2009

Kak Sabariah Aman....yang anggun


Pertama kali aku jumpa dia, dalam hati berkata2 cantiknyer akak ni...Aku dan kak Saba ni sebenarnya kes rayuan.Tak sangka aku ngan dia sama banyak persamaan(pakaian).Dalam kelas kak Saba tak banyak cakap.Kalau belajar dia tumpukan perhatian.Aku lak berlainan ngan dia...Kadang2 dalam kelas aku bukannyer tumpukan perhatian terutama subjek 3P mmemanglah aku tak paham.Kalau aku tak paham kak Saba lah tempat aku buat rujukan.Kak Saba ni hobinyer tanam pokok bunga.Hari tu dia tunjukkan aku pokok2 bunga yang dia tanam.Gemuk2 n subur.

Seronoknyer belajar kdp 14minggu ni...dapat aku lari dari kesibukan berada di sekolah dan dapat ramai kawan2 baru..teringat lak zaman kat maktab dulu2.Kalaulah masa tu dapat diundurkan semula alangkah seronnoknyer....

anak2ku


bulan ni memang banyak dugaan yang aku kena tempuhi... anak2ku boleh dikatakan sakit dalam bulan ni.yang sulong tu dah banyak kali dah g klinik.alhamdulilah setelah g klinik buat kali yang ke-5 baru dia ok sket.bb aku lak kena gegata.abis satu badan dia bengkak merah2.hari ni baru ok tp selsema n batuk lak...aku baru je selesai mid term exam,hari selasa 25hb ni ada ptk lak.satu aper pun tak study lagi.letihnyer...

Thursday, August 13, 2009

h1n1


kat iptho ni ari tuh 8 org kena kuarantin sbb iptho.takut tul..esoknya, smua pakai mask..
langkah awal pencegahan.tapi pelik, student2 kat sini selain kdp kami, tak pakai pun mask..
antibodi kuat kot..

kak shila




hari kak shila ajar aku buat blog.lawak tul. aku dari dulu nak buat blog tak tau2 last2 kat kdp 14 minggu ni ada gak orang ajarkan.hari ni kat kelas tak ada pensyarah...almaklumlah semalam baru lepas peksa.agaknyer pensyarah2 sekarang ni dok tanda kertas kitaorang yang entah aper2 tu....

kelas hari ni dah macam pasar borong...mentang2 la dah abis peksa. diaorang ni tak ingat aper? assignment lum siap lagi...aku ni pun lebih kurang da...