Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Wednesday, September 2, 2009

baka dan persekitaran yang mana lebih mempengaruhi????

Salam...

Hari ni aku tak tido langsung coz nak menyiapkan xsment psikologi ni...pening gak nak buat...sebelum ni dah siap tapi ntah kenapa semalam leh tergerak nak call lecturer aku tanya ttg konsep yang macam ner dia nak.Aku dah siap tapi tak tau la betul ker tak.Kebetulan kajian yang aku buat tu ada lari sket dari kehendak dia dah terpaksa edit.Alhamdulillah akhirnya siap gak...
Kat sini aku nak kongsi sikit la tentang aper yang aku dah buat kajian mengenai "baka atau persekitaran yang mana lebih mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia".

Bila memperkatakan baka atau persekitaran yang maner lebih mempengaruhi? pada pendapat aku la kedua2 faktor ini sebenarnya memainkan peranan dan sama-sama penting.
Jika kiter lihat dari segi ilmu perubatan, melalui genetik/ baka, sifat-sifat, ciri atau perwatakan seseorang sedikit sebanyak pasti diwarisi dalam susur jalur wari genetiknya.seperti penyakit kencing manis adalah salah satu faktor bawaan genetik keturunan.

Dari perspektif islam pula mengatakan bahawa keturunan memainkan faktor yang besar dalam kehidupan, ini dapat dilihat dalan saranan agama islam tentang ciri-ciri jika ingin memilih pasangan. Jelas disini faktor baka telah digariskan dalam peringkat awal perkembangan individu yang bakal dilahirkan dalam keluarga islam.

Dalam perjalanan kehidupan seseorang, faktor baka sedikit sebanyak mempengaruhi teras peribadi seseorang tetapi sejauh mana ia mempengaruhi ianya bergantung pada proses kematangan dan motivasi kendiri sesorang individu. Dalam proses inilah persekitaran memainkan peranannya.Dimana dalam mempengaruhi perilaku, perwatakan dan peribadi seseorang individu.

Perjalanan hidup seseorang individu memang banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaranseperti pembelajaran yang dilalui sepanjang hayat, pengaruh keluarga dan rakan sebaya, gaya hidup seharian, didikan family dan pengaruh media massa dan cetak.
Ada sebilangan ah li sosiologi mengatakan bahawa persekitaran adalah lebih penting berbanding baka.Menurut mereka , kecerdasan seseorang individu bukanlah diwarisi tetapi dikembangkan oleh faktor persekitaran.

Sebaliknya ahli psikologi pula berpendapat bahawa kecerdasan diwarisi melalui faktoir baka.ianya dalah sebagai pemula dan bertindak sebagai acuan kepada variasi perbezaan individu.

So, disini inginlah saya rumuskan bahawa kedua-dua faktor ini sebenarnya saling berkait.Dari sudut penilaian masa, faktor baka memainkan peranan sebagai pelopor peringkat permulaan. Namun peranan kedua-duanya adalah sama-sama kuat dan penting. Pokok pangkalnya, manusia harus bijak menangani segala isu yang timbul dan cuba mencari penyelesaian segera. Jika tidak, ianya akan merosakkan masa depan individu tersebut seterusnya akan menjadi noda hitam dalam pembentukan masyarakat harmini dan negara yang aman.

No comments: