Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Tuesday, September 22, 2009



SELAMAT HARI RAYA......

Salam,
Hari ini merupakan hari raya yang ke-4. Cepat betul masa berlalu. Semalam aku tak kemana pun. Dok umah jer, kebetulan semalam ada kawan aku datang, Kak Aisyah sera anak2nya and makcik, sepupu serta adik aku datang beraya.
Hari ni lak mak mertua aku ajak beraya...dugaan tul la...aku satu aper pun tak baca buku lagi ni..Hari Isnin dah exam...Adoi!!!macam ner ni?!..malam tadi nak buat LMS asyik hang jer...
Susah la nak cakap, sekarang ni kan bulan raya...tak g umah sedara mara tak patut lak...
lupa lak aku masuk blog hari ni sebenarnya nak wish kat membe yang mengenali diriku ini n kepada semua2 blogger yang dah penah ygk blog aku yang ntah aper ntah ni...
aku n family nak ucapkan selamat hari raya. maaf zahir dan batin. raya jemput la datang umah...

Friday, September 18, 2009

raya!!!!




Raya tinggal beberapa hari je ni..Insyaallah Ahad ni raya.Pada aku tahun ni kemeriahan raya tu hanya untuk anak2 jer...Tahun ni macam2 dugaan la.Nak raya sakan pun tak kot...sederhana je.Lagipun orang sibuk2 raya aku kena study coz naik cuti raya aku terus final exam...tak best tul raya tahun ni....

Nak kemas umah pun tak ada mood.Kain baju ada 2 bakul tak berlipat ni...Siang tadi konon2nya nak kemas umah tapi hampeh...baru je nak kemas anak2 aku dah tolong kemaskan...si baby tu lagi la pandai mengemas.At last, aku n family balik kampung hantar kuih raya n air botol.Sampai BP tadi dah kul 5.30ptg.aku terus ke dapur masak..Hari ni hubby aku nak makan mee hoon goreng la pulak...kalau ikutkan ati malas nak masak.

Tadi husband aku xcited nak amik gambo anak2nya pakai baju raya.Raya tak lagi dah bz nak pakai baju raya...Apa lagi melaram la anak2 aku ngan baju raya diaorang..NAk amik gambo dah sikit punya susah lagi2 Eisya.Aiman lak asyik buat lawak n tak serius bila amik gambo.Faza tak yah citer la...dia mmg minah melaram.Penat gak layan 3 kepala ni...

Tahun ni aku raya BP dulu..Aku masak ngan mak mertua aku tahun ni...Mak mertua aku dah suruh aku buat sambal kacang.Maybe malam ni kalau tak pun esok pagi lepas sahur aku buat sambal kacang tu...ayam dalam 5 ekor aku nak goreng esok..minta2 Eisya tak meragam la...barang2 tak belanja lagi ni..pagi tadi ujan lebat.esok pagi lepas subuh hubby aku g pasar. Nasib baik la umah aku ngan pasar dekat jer...senang la sikit. jangan hubby aku malas bangun pagi esok sudah...bukan ape esok mesti ramai orang yang g belanja nak raya ni.

Thursday, September 10, 2009

15 dec 2002




salam..hari entah kenapa tergerak nak menaip kat blog ni.



sajer2.tadi tengok album lama masa kawen dulu..macam tak sangka jer dah dekat 7 tahun aku hidup bersama dengan suami tercinta, azaruddin bin abu bakar. sepanjang perkahwinan aku dengan dia banyak dugaan yang kitaorang tempuhi...biasa la adat orang kawen mmg macam ni kalau tak ada gaduh tu pelik lagak..



15 december ni genap la 7 tahun tarikh perkahwinan aku dengan dia..minta2 tahun ni dapat la kitaorang celebrate aniversary perkawinan kitaorang coz last year tak dapat. aku bersalin..so tak ada la candle night dinner...tapi hadiah still dapat..last year dapat hadiah istimewa..dapat bb baru..adreena farisya( nama ni husband yang bagi).

gambar ni ngan mak n bapak mertua..masatu tuhan jer la yang tau betapa letihnyer aku...almaklumlah seminggu sebelum majlis persandingan aku baru selesai kursus etems.dah la bulan pose..persiapan semua buat sendiri.bz nak raya nak kawen lagi... umah pun aku ngan adik2 yang cat.penat....
tapi semua tu tinggal kenangan...sekarang ni aku bahagia bersama dengan 3 orang anak yang boleh dikatakan aktif n comel2 belaka....( afrina farzana, muhammad aiman fahim dan adreena farisya) mama dan ayah sayang korang!!!

Wednesday, September 2, 2009

baka dan persekitaran yang mana lebih mempengaruhi????

Salam...

Hari ni aku tak tido langsung coz nak menyiapkan xsment psikologi ni...pening gak nak buat...sebelum ni dah siap tapi ntah kenapa semalam leh tergerak nak call lecturer aku tanya ttg konsep yang macam ner dia nak.Aku dah siap tapi tak tau la betul ker tak.Kebetulan kajian yang aku buat tu ada lari sket dari kehendak dia dah terpaksa edit.Alhamdulillah akhirnya siap gak...
Kat sini aku nak kongsi sikit la tentang aper yang aku dah buat kajian mengenai "baka atau persekitaran yang mana lebih mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia".

Bila memperkatakan baka atau persekitaran yang maner lebih mempengaruhi? pada pendapat aku la kedua2 faktor ini sebenarnya memainkan peranan dan sama-sama penting.
Jika kiter lihat dari segi ilmu perubatan, melalui genetik/ baka, sifat-sifat, ciri atau perwatakan seseorang sedikit sebanyak pasti diwarisi dalam susur jalur wari genetiknya.seperti penyakit kencing manis adalah salah satu faktor bawaan genetik keturunan.

Dari perspektif islam pula mengatakan bahawa keturunan memainkan faktor yang besar dalam kehidupan, ini dapat dilihat dalan saranan agama islam tentang ciri-ciri jika ingin memilih pasangan. Jelas disini faktor baka telah digariskan dalam peringkat awal perkembangan individu yang bakal dilahirkan dalam keluarga islam.

Dalam perjalanan kehidupan seseorang, faktor baka sedikit sebanyak mempengaruhi teras peribadi seseorang tetapi sejauh mana ia mempengaruhi ianya bergantung pada proses kematangan dan motivasi kendiri sesorang individu. Dalam proses inilah persekitaran memainkan peranannya.Dimana dalam mempengaruhi perilaku, perwatakan dan peribadi seseorang individu.

Perjalanan hidup seseorang individu memang banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaranseperti pembelajaran yang dilalui sepanjang hayat, pengaruh keluarga dan rakan sebaya, gaya hidup seharian, didikan family dan pengaruh media massa dan cetak.
Ada sebilangan ah li sosiologi mengatakan bahawa persekitaran adalah lebih penting berbanding baka.Menurut mereka , kecerdasan seseorang individu bukanlah diwarisi tetapi dikembangkan oleh faktor persekitaran.

Sebaliknya ahli psikologi pula berpendapat bahawa kecerdasan diwarisi melalui faktoir baka.ianya dalah sebagai pemula dan bertindak sebagai acuan kepada variasi perbezaan individu.

So, disini inginlah saya rumuskan bahawa kedua-dua faktor ini sebenarnya saling berkait.Dari sudut penilaian masa, faktor baka memainkan peranan sebagai pelopor peringkat permulaan. Namun peranan kedua-duanya adalah sama-sama kuat dan penting. Pokok pangkalnya, manusia harus bijak menangani segala isu yang timbul dan cuba mencari penyelesaian segera. Jika tidak, ianya akan merosakkan masa depan individu tersebut seterusnya akan menjadi noda hitam dalam pembentukan masyarakat harmini dan negara yang aman.