Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Sejak dari itu Hari Guru akan disambut pada setiap 16 Mei.
Dahulu aku selalu menyambut Hari Guru ini bersama dengan guru2ku.Bila tiba sahaja hari guru pasti aku akan terfikir hadiah apa yang akan kuberikan pada guru2ku.
Di sekolah rendah biasanya sambutan Hari Guru dilakukan dalam suasana yang sederhana kerana cikguku pada masa itu cuma ada 8 orang( kalau tak silaplah)dan kesemuanya cikgu lelaki.Pada kebiasaannya aku beri cikgu sabun mandi dan aku bungkus cantik2 dan pen.Almaklumlah aku masa tu bukannya ada duit lagi.Nak minta mak duit pun tak sampai hati.Tapi yang penting pemberian aku kat cikgu tu adalah ikhlas kerana aku beli hadiah tu guna duit simpanan aku sendiri.
Di sekolah menengah pula sambutan Hari Guru agak meriah sedikit.Almaklumlah muridnya ramai,gurunya pun ramai gak.Masa ni macam2 program yang dibuat oleh kami untuk cikgu2.Seronok sangat.
Sekarang ni lak,aku pula yang sambut Hari Guru tiap2 tahun.Pengalaman aku kali pertama menjadi seorang pendidik dan menyambut Hari Guru sebagai seorang guru adalah pengalaman yang paling manis.Masa ini hadiah yang aku dapat banyak sangat sampai tak muat nak bwk balik.bermacam2 jenis hadiah yang aku dapat.Ada makanan,sabun basuh,sabun mandi,ubat gg, bunga,pen( itu sudah pasti),kad2 ucapan dan banyak lagi la...Terima kasih la kepada anak2 muridku di SK LKTP BATU 27..Dimana la mereka semua ini.Rindu rasanyta kepada mereka.
Disekolah SKSG ini juga aku terima bermacam2 jenis hadiah tapi tak la sebanyak di sekolah lamaku.mayb aku sekarang ni garang sangat n murid2 pun tak suka aku kot...Tapi bukan hadiah yang aku harapkan dari murid2ku yang aku harapkan kejayaan dari mereka semua dan rasa hormat mereka pada guru mereka.

No comments: