Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Thursday, December 16, 2010

15 DECEMBER....

Tarikh itu merupakan tarikh yang paling bersejarah buat ku..15 Dec 2002 merupakan tarikh perkahwinan aku bersama suami tercinta.Kami selamat di ijabkabulkan pada hari itu.. Macam tak sangka lak masa tu umur aku baru 21 tahun dah bergelar isteri orang.Aku amat kagum dengan suamiku kerana dia sanggup menunggu aku selama 7 tahun untuk aku menjadi suri dalam hidupnya. Bermacam2 dugaan yang terpaksa di hadapinya..Almaklumlah aku ni kan kira budak lagi masa itu..Beza antara aku ngan dia 6 tahun tapi dia memang seorang yang penyabar melayan kerenah aku yang kadang kala ini keras kepala dan suka buat hal sendiri.

1 tahun 9 bulan usia perkahwinanku barulah aku dikurniakan anak.Sebelum itu aku keguguran.Agaknya tak ada rezeki kami..Sepanjang kehamilan, aku menghadapi masalah..rahim aku tak kuat so kalau aku lasak jer pasti bleeding dan aku hampir2 keguguran.Tapi kalau dah memang rezeki aku akhirnya pada 15 September 2004 aku telah selamat melahirkan seorang baby perempuan dan di beri nama Afrina Farzana binti Azaruddin.

24 Jun 2006 aku selamat melahirkan anak yang kedua.Kali ini aku telah dikurniakan seorang anak lelaki dan diberi nama Muhammad Aiman Fahim bin Azaruddin.Semasa kandungan aku berusia 7 bulan aku telah dijangkiti kuman.Masa aku tahu yang aku telah dijangkiti kuman GBS aku rasa terharu dan takut babyku tak selamat.mujur la doktor cepat bertindak dan alhamdulillah babyku sihat sehingga la sekatang ni.

30 November 2008 aku telah melahirkan anak yang ketiga.Kehamilan aku kali ini tidak dirancang.Agaknya dah rezeki aku kot.Babyku diberi nama Adreena Farisya binti Azaruddin.Kali ini nama anakku diberi sepenuhnya oleh suamiku.Anakku yang ini kecil sahaja tapi sangat lincah dan berani.Scha amat istimewa berbanding kakak dan abangnya kerana aku tau yang aku hamil betul2 pada tarikh harijadiku yang ke 27 tahun.Kira ini hadiah dari suamiku.Aku lihat suamiku amat menyanyangi scha ini berbanding yang dua lagi.kakak dan abang pun dia sayang tapi yang ini aku lihat lain sikit..

15 December 2010 genaplah usia perkahwinanku 8 tahun.Suamiku telah membawa aku dan anak2 berjln2 ke Pahang.Seronok rasanya..Walaupun tak ada candle light dinner dan suasana yang romantis tapi aku amat bahagia meraikan hari ulangtahun perkahwinanku bersama anak2.Aku berharap dan berdoa agar perkahwinanku bersamanya kan berkekalan hingga ke akhir hayat..

2 comments:

norlilasamad said...

Lyn,
Happy belated Anniversary. Beza 2 hari aje dgn Kak Lila, ya... Kami sambut dgn family dinner aje sebab pd 14 Dis tu Kak Lila pegi Hosp Srdang utk checkup... Alhamdulillah semuanya ok...

nornilia said...

Happy Anniversary. Semoga kekal bahagia hinggga ke akhir hayat