Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Monday, January 10, 2011

3 JANUARI 2011..

Hari ini merupakan hari pertama farza ke sekolah.Macam tak sangka lak anak daraku, farza dah masuk ke tahun 1.Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar.Farza dapat menguruskan dirinya sendiri.Agaknya memang telah ditakdirkan aku mengajar anak sendiri.Macam janggal pula nak mengajar anak sendiri di dalam kelas.Lain la kalau kat umah.Nampaknya aku kena bersikap profesiaonal dan aku lihat Farza pun begiti juga.Di dalam kelas/ sekolah Farza dapat membezakan aku sebagai gurunya.Dia memanggilku "teacher Fazlina".lawak pula bila dengar dia panggil nama tu...
Timetable anakku agak padat.Lepas habis sekolah kebangsaan dia ke sekolah agama.Malam kalau tak mengaji dia akan ke tuisyen.Aku dulu kecik tak macam ni pun...kadang2 rasa kesian gak tapi nak buat macam mana dah mmg trend sekarang ni macam ni.kalau tak anak2ku akan ketinggalan.Bukan aku tak boleh ajar sendiri,masalahnya anak2ku lebih suka belajar dengan org lain.Kalau aku ajar sendiri macam2 la perangainya..Farza dan Aiman xcited sangat belajar tuisyen ngan teacher Lecthumi.Aku macam tak sangka Aiman boleh menulis A,B,C dengan sendiri.Padahal aku tak pernah ajar dia.Farza pun suka dengan cikgu Lecthumi.Aku sangat2 berterima kasih dengan Kak Hapizah kerana telah 'merekomenkan' cikgu tu.
Bercakap pasal Aiman,hari ini juga merupakan hari pertama dia ke Tadika.huhuhu..macam mana la agaknya Aiman kat sekolah.Agak2 cikgu dia faham ke tak apa yang di cakapkannya..Aiman tu dah la pelat dan gagap.Harap2 anak2ku akan biasa la dengan sekolah.
Kepada anak2ku, Afrina Farzana dan Muhammad Aiman Fahim selamat menempuhi alam persekolahan..

1 comment:

norlilasamad said...

Salam, Lyn.
Wah! Dah bersekolah anak2 Lyn, ya. Jgn lupa train Farza utk story-telling Phase 1 bila dia dh bersedia... Bagi anak2 lebihkn mkan ikan, Lyn utk kecerdasan minda (esp. Maths).