Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Tuesday, March 22, 2011

Puyuh Masak Lemak Cili Api + pucuk ubi

Hujung minggu hari tu entah kenapa tekak aku teringin lak nak makan puyuh masak lemak cili api ngan pucuk ubi..so pagi2 lagi aku kerahkan laki aku bli santan. Kebetulan semlam aku aku g pasar malam n bli 10 ekor puyuh n pucuk ubi.Pada mulanya aku nak goreng je puyuh tu tapi leh ubah plan lak.Oleh kerana aku bli sampai 10 ekor puyuh so dapat la aku agih2kan kepada 3 buah umah(umah aku,mak mertuaku n umah ayu-adik iparku)



(utk makan 4-6 org)
Bahan-Bahan:
Burung puyuh 4ekor ( potong 4)
Pucuk ubi 1 ikat(RM1)-diramas2 dengan garam sehingga keluar airnya.
Santan 1 plastik yang kecil je( RM3)
Serai 1 batang (dititik)
Cili Api 20 biji( ikut suka)
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2/3 ulas
Kunyit hidup (ikut suka)
asam keping 1 keping
garam secukup rasa
gula secukup rasa

cara-cara:
1. Bawang besar,bawang putih,cili,kunyit di blend. kalau nak biji cili mudah diblend campurkan dalam 2/3 sudu minyak masak.
2.Masukkan bahan2 yang telah diblend bersama dengan puyuh , serai yang telah dititik + sedikit air
3. Masakkan bahan2 tadi sehingga separuh empuk.
4. kemudian masukkan pucuk ubi yang telah gaul dan diramas dengan garam( pastikan pucuk ubi tu dibasuh dahulu)
5.masak sehingga empuk. kemudian masukkan santan,sedikit gula,garam secukup rasa. ( masak dgn mgunakan api yang kecil.)
6. kemudian masukkan sekeping asam keping dan akhirnya sedia utk dimakan....

Friday, March 18, 2011

KEK BATIK ALA LYNN...


Bahan-bahannya
1 cawan mentega planta
1 cawan milo
1 cawan nestum
1 cawan serbuk koko
1 tin susu pekat
2 tin air suam(ikut saiz tin susu pekat)
6 biji telur( dipukul)
1 senduk gula pasir
640g( 2pek ) biskut marry( patah2kan kpd 4 bhgn)

cara-cara membuatnya

1. Masukkan mentega,milo,nestum,serbuk koko,susu pekat, air suam, telur yang tlh dipukul dan gula pasir ke dalam bekas/periuk.
2. Kacau bahan2 tadi sehingga pekat dan likat dengan api yang kecil.
3. Setelah bahan2 tadi dah betul nampak pekat/likat masukkan biskut marry yang telah dipatahkan kpd 4 bhgn dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan adunan yag telah sebati itu ke dalam bekas/loyang dan tekankan ia sehingga padat.Setelah sejuk masukkan adunan kek batik kedalam peti ais ( 1 jam)
5. Last sekali blh la dihidangkan dan dimakan...

ni kek batik ala2 lynn..dah lama tak buat kek ni. ni pun ingat2 lupa. kek batik yang saya buat ni lembab coz saya letakkan nestum.Masa sejuk mmg sedap dimakan..

Thursday, March 17, 2011

Audio Bilik 13

17 Mac 2011,seperti yang dijanjikan aku telah membawa anak bujangku ke Hospital Batu Pahat.Tepat jam 11 pagi aku dan Aiman telahpun sampai ke HBP.Aku tercari2 dimanakah bilik 13 tu.Aku ingatkan bilik 13 tu ada kat Klinik Pakar 2 rupa2nya bukan.aku terpaksa berjalan agak jauh sedikit ke tempat tu..Tempat yangku cari itu rupa2nya agak jauh dari Klinik Pakar 2.kawasannya agak sunyi.Semasa aku tiba disana aku rasa aku macam pernah sampai ke tempat itu tapi aku buat tak endah sahaja.Sampai saja di bilik 13 aku telah diarahkan oleh pegawai yang bertugas untuk menunggu di bilik yang telah disediakan.Bilik itu agak selesa jika hendak dibandingkan di bilk ENT Pakar 2.Sementara menunggu giliran,sempat juga aku menelaah buku.Aiman ku lihat senyap sahaja.Mungkin dia takut kot..Tak lama kemudian nama aiman pun dipanggil oleh seorang pegawai yang bertugas disana.Aku telah diarahkan untuk membawa Aiman ke satu bilik audio.Di dalam bilik itu Aiman telah diarahkan untuk bermain alat permainan dan diuji pendengarannya dengan alat yang dikhaskan.Alhamdullilah setelah habis ujian itu,pegawai yang bertugas telah memberitahuku yang Aiman telah berjaya melepasi ujian pendengaran dan tiada masalah tetapi Aiman akan datang semula untuk menjalani ujian kali kedua.
Selepas selesai sesi pertemuanku bersama doktor aku pun pulang ke rumah mak mertuaku.Sampai Di rumah mak aku tanya kat Ayu( adik iparku) pasal bilik 13,Dia pun bgtau aku yang Bilik 13 tu dekat dengan bilik mayat.patut la aku macam pernah pergi tempat itu....

Wednesday, March 16, 2011

ROMBONGAN CIK KIAH...

Pernah tak dengar tajuk ni?kalau tak silap aku dulu ada sebuah drama hyang bertajuk rombongan cik kiah..Cite ni kalau tak silap aku tentang rombongan orang kampung yang nak pegi KL.Aku pun ingat2 lupa tentang cite ni..Sebenarnya tujuan aku menulis kat sini bukanlah nak menceritakan tentang drama tu...entah kenapa hari ni tergerak hati aku nak ceritakan satu pengalaman yang agak sukar aku lupakan dan aku rasa ianya agak lucu..Ceritanya begini....
Dulu aku belajar di KBTC ataupun sekarang ni dikenali sebagai Institut Perguruan Kota Bharu.Aku jarang sekali balik kampung.Bila cuti panjang je la aku akan balik.Almaklumlah jauh lagipun buat penat badan je balik sekejap2.Dulu tambang nak balik KB-Muor hanya RM24.50 tapi sekarang ni dengarnya dah mahal..biasa la ikut peredaran zaman.Aku kalau dah balik Muar mesti hari pertama kuliah aku 'tuang'..hehehe..penat ( 12 jam perjalanan kalu bas lambat 8 jam kalau bas laju.)Eh, lupa lak aku sebenarnya bukan nak citer pasal jauh perjalannan nak balik kg..Berbalik semula pasal rombongan cik kiah..citenya macam ni..Sepanjang perjalan nak balik KB,aku dok berbual2 dengan pakcik driver.Masa tu aku lihat ramai yang dah dibuai mimpi yang indah2 (agaknya la tu).lagipun hari tu dalam bus hanya ada student maktab dan uitm je..Ramai penumpang dah turun kat Kuantan.Sedang aku dan pakcik driver rancak berbual2 aku terlihat ada 2 objek (tayar) bergolek2 diatas jalanraya.Masa tu kalau aku tak silap bus baru sampai kat pondok tol terengganu(tol tu tak berfungsi punn).Aku pun bgtau la kat pakcik driver pasal objek yang aku nampak..Aku pelik la apasal ada tayar blh golek2 melepasi bus kitaorang,pakcik bus tu pun pelik tapi tak lama lepas tu pakcik driver tu menjerit " Ya ALLAH! tayar bas kita rupanya yang tergolek".Masa tu apa lagi pakcik driver pun terus memberhentikan bus dan bgtau kat member dia.dia dan bebera[pa org penump[ang yang tersedar berlari la kejar tayar bus tu..aku pun ikut turun tapi aku tak kejar la...aku dok ketawa berdekah2 sambil teringat akan citer Rombongan Kak kiah..Jauh gak tayar tu bergolek..Syukur masa tu kitaorg tak jadi apa2 cuma sampai maktab lambat la..( aku tak dapat lupakan gaya pakcik driver dan beberapa penumpang-lelaki yang berlari kejar tayar..)hehhehehe...

Tuesday, March 15, 2011

LYNN.PIKaT?

Mungkin ada rakan2 blogku yang tertanya2 apa tu lynnpikat? Biarlah aku jelaskan kat sini akan maksud lynnpikat tu..nanti kalau tak jelaskan jadi lain lak..Lynn tu nama aku la..pikat tu singkatan nama bagi Pengajian Inggeris Kajian Tempatan.hehehehe...( cos aku masa belajar kat maktab daa..)harap kepada rakan blog aku yang dk tanya tu dah jelas la ye..

jalan2 pahang DEC2010


Hotel Sri Malaysia,Kuantan

gambang waterpark

tasik chini.

Monday, March 14, 2011

Menjaga SOLAT

rujukan:
http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1111-apa-hebatnya-solat-di-awal-waktu.html

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.


Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

(diambil dari blog rakanku)

Mesyuarat PIBG SKSG

12 Mac 2011 merupakan mesyuarat agung PIBG kat sekolahku.Hari ini dalam sejarah Mesyuarat agung tu dijalankan pada sebelah malam.Aku telah ditugaskan sebagai AJK penyediaan hadiah,cenderahati untuk perasmi dan duit galakan kepada student UPSR 2010.Malam tu dapat la aku betemu dengan bekas pelajar aku tahun 2010.Dah besar dah mereka.

Kali ini hadiah cabutan bertuah best2 gak.banyak gak hamper yang disediakan.hadiah lain pun ada gak.Nak dijadikan cerita kat sini, aku adalah salah seorang penerima hadiah cabutan bertuah.Syukur alhamdulalah dapat gak aku hadiah cabutan bertuah,kira tak sia2 la pengorbanan aku datang malam2 ke sekolah bersama anak2 dan suami.Masa tu anak2 dah tetido dalam kete.Kesian tgk mereka.(rezeki anak2)

Sepanjang mesyuarat dijalankan aku ada terdengar suara2 sumbang yang asyik mengata danm mencari kesalahan guru. Kenapa ek?Agaknya mereka ni mmg lebih bagus dari guru kot..Kalau rasa lebih bagus dari guru sksg buat apa hantar anak mereka ke sekolah ini.Sedih rasanya segala pengorbanan aku dan rakan2 tidak dihargai.Mereka tak fikir ke yang kamni di sksg banyak berkorban utk kebaikan anak2 mereka semua.kalau aku nak ungkitkan kat sini mahu tak muat lak.Dari aku nak ikhlas mengajar jadi tak ikhlas lak.
Wahai parents yang membaca blog aku ni pk2kanla pengorbanan cikgu2 ni.Mereka juga harus sedar yang mereka itu berjaya datangnya dari mana?Aku sendiri pun berjaya kerana hasil usaha guru2ku..

Sunday, March 6, 2011

6 March 2011

Hmmm...hujung minggu yang membosankan..hari ni sehari suntuk aku mengedit xsment.rasa nak termuntah tgk xsment ni.bila la aku nak habis mengadap semua ni..kesian anak2ku terbiar je.semalam aku dah sehari suntuk kuliah.hari ni lak bz ngadap laptop.hujung minggu sepatutnya aku spendkan masa ngan anak2 tapi lain lak jadinya.nasib baik anak2 memahami aku.kalau aku ngadap laptop pasti mereka tak kacau tapi kesian aku tgk diaorng.nak makan n minum terpaksa urus sendiri.kalau tgk scha dah macam anak pa la..tadi diaorang mandi sendiri. farza pun dah blh diharap,dah pandai uruskan adik2nya.hari ni siap pakaikan adiknya baju cantik2.maybe dia ingat aku akan bawa mereka berjalan2.mama minta maaf la hari ni tak dapat bawa korang sumer jalan2 coz kete pun tak ada.ayah lak ada game footsal.tak tau balik kul berapa.Kita tunggu ayah balik ye....scha dah tetido disebelahku..huhuhuhuhu...