Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Thursday, March 17, 2011

Audio Bilik 13

17 Mac 2011,seperti yang dijanjikan aku telah membawa anak bujangku ke Hospital Batu Pahat.Tepat jam 11 pagi aku dan Aiman telahpun sampai ke HBP.Aku tercari2 dimanakah bilik 13 tu.Aku ingatkan bilik 13 tu ada kat Klinik Pakar 2 rupa2nya bukan.aku terpaksa berjalan agak jauh sedikit ke tempat tu..Tempat yangku cari itu rupa2nya agak jauh dari Klinik Pakar 2.kawasannya agak sunyi.Semasa aku tiba disana aku rasa aku macam pernah sampai ke tempat itu tapi aku buat tak endah sahaja.Sampai saja di bilik 13 aku telah diarahkan oleh pegawai yang bertugas untuk menunggu di bilik yang telah disediakan.Bilik itu agak selesa jika hendak dibandingkan di bilk ENT Pakar 2.Sementara menunggu giliran,sempat juga aku menelaah buku.Aiman ku lihat senyap sahaja.Mungkin dia takut kot..Tak lama kemudian nama aiman pun dipanggil oleh seorang pegawai yang bertugas disana.Aku telah diarahkan untuk membawa Aiman ke satu bilik audio.Di dalam bilik itu Aiman telah diarahkan untuk bermain alat permainan dan diuji pendengarannya dengan alat yang dikhaskan.Alhamdullilah setelah habis ujian itu,pegawai yang bertugas telah memberitahuku yang Aiman telah berjaya melepasi ujian pendengaran dan tiada masalah tetapi Aiman akan datang semula untuk menjalani ujian kali kedua.
Selepas selesai sesi pertemuanku bersama doktor aku pun pulang ke rumah mak mertuaku.Sampai Di rumah mak aku tanya kat Ayu( adik iparku) pasal bilik 13,Dia pun bgtau aku yang Bilik 13 tu dekat dengan bilik mayat.patut la aku macam pernah pergi tempat itu....

No comments: