Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Saturday, December 10, 2011

DeCo2 -RUMAHKU SYURGAKU...

RUANG TAMU
RUANG TGK TV
RUANG MAKAN
BAR COUNTER

Friday, December 9, 2011

ReDhA....

Rasa lama pulak x updatekan blog ni..Hari ni(10 dec 20110 tergerak nak updatekan jap.Biasa la minggu ni aku bz ngan buku2, almaklumlah next week nak exam.Semester ni aku kena tarikh exam berturut2 tak tau la nak kata..hu3...Semlm duk aku khusyuk study ngan geng2 study group aku, aku telah dapat panggilan telefon dari Kak Saba,dia bgtau aku yang result xsment dah kuar...dup dap jantung aku...tgk je result sampai aku x terkata...aku tak penah dapat result yang mcm tu sekali...nak sedey pun buat apa benda dah jadi.Aku REHDA...

Saturday, October 29, 2011

30 Nov 2011

Hari minggu yang membosankan.....
7.00a.m.
Buat sarapan utk hubby.Hari ni dia keje lagi..Ada majlis Konvo UTHM.
8.00a.m.
Mandikan anak2,kemas umah,basuh baju.
10.00a.m.
Start nak buat xsment tapi tak ada idea.Kepala ni rasa macam dah berkarat.Then aku wat spbs lak..Buat setakat sorang budak jer..evidence leh tertinggal kat sekolah lak.Tu pun wat laporan Utk Farza je.Nak buat utk murid yang lain takut silap.Naya lak kalau main taram jer..Farza x pe Anak ku sendiri.he3...
11.00a.m
Layan blog..hu3...kalau macam ni bila keje nak siap?

Monday, October 24, 2011

Atuk Dalam Kenanagan...


Pada 15 Oktober 2011 jam 5.00 pagi aku telah kehilangan satu2nya atuk.Agak sukar bagi diriku untuk menerima kehilangan ini.Walaupun mulutku berkata aku redha dengan pemergiannya tapi hatiku masih berat untuk terima semua ini.Aku rasa amat terkilan kerana tidak sempat untuk berjumpa dengannya semasa hayatnya.Kesibukkan diriku ini yang membataskan aku untuk melawatnya di hospital.Aku telah merancang untuk melawatnya pada 15hb Oktober selepas habis kuliah OUM tapi aku tak sempat kerana Allah lebih menyayanginya.Pada malam sebelum aku menerima berita yang menyedihkan itu, aku telah bermimpi yang arwah datang berjumpa denganku..Dalam mimpiku,atuk memberitahuku yang dia telah sihat.Kulihat wajahnya bersinar2 dan gembira.Dia memberitahuku agar berjumpa dengannhya di rumah dan tidak perlu ke hospital..selepas itu aku tersedar dari lenaku dan menerima panggilan telefon dari Hidyah,adikku.Rupa2nya mimpiku itu menjadi sebalikknya...Semoga arwah Datukku,Sahari@ Hj Habullah bin Hj Idris ditempatkan di tempat orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat.

Sunday, July 10, 2011

KENANGAN DI S'PORE STUDIO.



UNIVERSAL STUDIO S'PORE


18 Jun 2011,aku dan family pergi ke universal studio s'pore.Suamiku yang plan semua ni.Bawak anak2 g berjalan.Kebetulan tarikh aku pegi s'pore tu tersama dengan hari aku mendapat anugerah khidmat cemerlang(APC)utk tahun 2010.Aku terpaksa la pegi ke S'pore krn suamiku dah lama plan utk kesini.Lepas ni tak tau la blh dapat lagi ke tak APC.sedey tu tak dapat menerima anugerah.tak ada gambar kenangan aku terima anugerah APC.Yang ada gambar kenangan g s'pore je..