Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Sunday, February 21, 2010

cuti yang tak macam cuti.....




Cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina ni aku rasa tak macam cuti pun.aku ngan hubbyku bz mengemas umah.Almaklumlah umah baru siap renovate.Nasib baik la hubbyku kemas umah sikit2.So cuti seminggu ni kitaorang tinggal kemaskan barang2 yang dalam kotak tapi sampai sekarang ada lagi barang2 dalam kotak tu yang aku tak kemaskan lagi.Dalam masa cuti seminggu ni mana nak kemas umah, nak buat assigment,nak buat preparation utk kuliah etc....penatnya!!!!!

Esok dah sekolah,umah tak siap kemas lagi...huhuhu..kalau la aku ada magic nak jer aku gunakan magic utk kemaskan umah ni...

kesan pencemaran yang sangat tragis...

Bandar Chernobyl terkenal dengan letupan Reaktor Nuklear pada tahun 80an yang menyebabkan radiasi tersebar ratusan kilometer malah 100 kali lebih besar dari kesan Bom Atom di Hiroshima & Nagasaki. Dengan kepadatan penduduk 135 000 orang keseluruhan kota Chernobyl telah di kuarantin sehingga kini setelah puluhan tahun masih lagi terdapat zon berbahaya seluas 19batu persegi, di mana tidak ada satu kehidupan yang berada disana.


Dzerzinsk mempunyai populasi 300 000 orang dan ianya hasil dari pencemaran Senjata Kimia Perang Dingin antara US dan USSR, Bandar ini merupakan tempat Pengilangan & simpanan terbesar Senjata Kimia Tentera USSR. Toxic kimia merebak keseluruh system pengairan menyebabkan kadar kematian yang tinggi dihadapi penduduk Dzerzinsk


Linfen China bukanlah satu-satunya Bandar yang terkotor di China, Perlombogan Arang Batu adalah aktiviti utama di Bandar ini. menyebabkan sulfur dioksida & Carbon Monoxide tersebar diudara, kabus perang adalah permandangn biasa bg Linfen. Ianya juga banyak memberi efek terhadap pencemaran Air di bandar ini.

Bandar Mailuu-Suu, Kyrgyzstan sering dilanda mala-petaka. Ianya merupakan salah satu tempat pemprosesan Uranium terbesar di dunia. Pembuatan Bom Atom adalah Tujuan kepada perlombongan Uranium ini, setiap tahun hamper 1.96 juta cubic meter hasil perlombongan sisa radioaktif.

Bandar Norlisk, Russia pusat perlombongan bijih besi terbesar di dunia, Bandar yang didiami puluhan ribu buruh ini hanya untuk satu tujuan iaitu bekerja melombong bijih besi. Mengikut Pertubuhan Kawalan pencemaran PBB bahan aktif yang tersebar di udara Norlisk adalah Strontium-90, Cesium-137 dan lesser evils termasuklah hidrogen sulfida.

Renung2kanlah dan fikirkanlah apa yang akan terjadi pada masa hadapan jika kita tidak menjaga alam sekitar dengan baik.Adakah generasi masa depan akan dapat menikmati keindahan alam semulajadi seperti sekarang?