Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Monday, May 3, 2010

Mak...Along tak nak susah..

Bila dikenangkan zaman kecilku macam2 pengalaman yang aku alami.Sejak kecil lagi aku tak pernah mendapat kemewahan seperti anak zaman sekarang ni. Ayahku hanya bekerja sebagai tukang kebun sekolah dengan pendapatan yang tak seberapa.Mak pula seorang surirumah yang bijak mentadbir kewangan.Dengan gaji ayah yang tak seberapa itu ayah dan emak dapat membesarkan kami 5 beradik.

Semasa sekolah tadika ayah terpaksa meminjam basikal jaguar ntah saper punya(aku pun tak ingat)hanya semata2 untuk menghantar dan mengambil aku ke sekolah tadika.Masa itu aku baru berusia 4 tahun.Kadang2 kalau ayah tak dapat meminjam basikal rakannya itu aku terpaksa balik jalan kaki sendiri.Jarak antara rumah akau dan sekolah tadikaku lebih kurang 3km.Di sekolah tadika aku selalu diejek kerana aku miskin.Masa rehatku banyak aku habiskan dengan belajar mengeja dan belajar membaca.Aku nak jadi pandai tak susah...Tapi aku sekolah tadika hanya pada tahun itu sahaja.Pada usiaku 5 tahun tadika itu terpaksa ditutup kerana kurang murid.Selama 2 tahun aku belajar sendiri dengan bantuan mak.

Umurku 7 tahun aku telah memasuki sekolah rendah.Disinilah segala2nya bermula.Semasa pendaftaran tahun 1 aku terpaksa mendaftar sendiri kerana ayah sibuk bekerja,mak pula ada adik kecil yang masih bayi.Aku datang dengan membawa surat beranak.Masa itu aku lihat rakan2ku didaftarkan oleh ayah dan ibu mereka. Terlintas juga difikiran aku kenapa aku seorang jer...

Sekolahku tiada kemudahan kantin. Ini kerana sekolahku tergolong dalam SKM(Sekolah Kurang Murid).Aku ingat lagi pada masa itu kelas aku cuma ada 10/13 orang sahaja muridnya.Bila rehat sahaja kami akan makan RMT.Pada waktu rehat aku dan rakan2 akan menunggu kedatangan ayahku membawa makanan.Masa itu Ayah bawa semua makanan RMT dengan menggunakan kereta sorong.Kesian ayah kerana terpaksa menyorong makanan itu dari rumah ke sekolah.Oleh kerana tiada kemudahan kantin, kami terpaksa beratur mengambil makanan di kaki lima kelas dan makan dikaki lima kelas.

Pada sebelah petangnya aku pula mengambil alih tugas ayahku dengan menjual jajan.Aku tak dapat bayangkan dengan keadaan aku yang kurus melidi pada masa itu menyorong jajan2 itu dengan menggunakan kereta sorong.Tuhan saja yang tau betapa beratnya hendak menyorong jajan tu dari sekolah sampai ke rumah.Kalau waktu hujan aku terpksa la balik lewat kerana takut nanti jajan2 itu akan rosak.

Pada sebelah malamnya aku terpaksa menolong mak buat kuih utk dijual pada van sayur dan jual di sekolah. Disamping itu juga aku menolong emak menyediakan bahan utk masak RMT.Masa itu penat tak boleh nak cakap.Mana nak buat kerja rumah,nak tolong mak lagi..Huhuhuhu..boleh dikatakan aku akan menanggis kalau aku tak larat nak bantu emak.Pernah satu ketika aku menanggis2 sambil berkata dengan mak,"Mak, kalau along dah besar nanti tak ingin along nak kerja masak2 dan susah.Along tak nak mewarisi kesusahan ini....

to continued....

1 comment:

norlilasamad said...

Salam, Lyn.
Berbakat pun adik kite ni.
Akan ku tunggu MATNS Bahagian 2...