Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Sunday, May 2, 2010

DUGAAN.....

Salam...
Rasanya sudah lama aku tak menulis di ruangan blogku ini.Almaklumlah sekarang agak bz dengan mcm2 aktiviti.Hari ini ntah mengapa rasa nak menaip di ruangan ni.Aku sekadar ingin berkongsi pengalaman bersama2 dengan rakan semua.harap ianya dapat jadi pedoman...Insyaallah.
Dua minggu lepas rumahku telah dimasuki pencuri.Masa kejadian itu berlaku aku dan family tak sedar pun.Sedih la juga kerana laptop dan f/hard disk yang baru ku beli dicuri bersama2 dengan begnya sekali.Kebetulan dalam beg itu ada sekali broadbandku.Barang lain yang hilang ialah handphone,satu set kunci rumah dan T-shirt liverpool suami ku yang baru dibelinya.
Sebenarnya motif yang aku nak sampaikan disini adalah sebelum anda semua tidur pastikanlah semuanya didalam keadaan yang selamat.pastikan rumah berkunci n pastikan kunci diletakkan di tempat yang betul jangan jadi macam aku ni..Rumah dimasuki pencuri kerana kecuaian sendiri.Ni semua gara2 laki aku yang terlupa nak amik kunci kat pintu.memang mengundang pencuri utk datang bertandang ke rumah dan amik barang2 dalam rumah.
sekarang ni benda dah berlaku terpaksa la aku redha...Mungkin ada rahmat disebalik apa yang berlaku...Kepada suamiku yang amat kucintai...sekarang baru tau kenapa mama selalu membebel..Harap dengan berlakunya musibah ini Ayah akan selalu berhati2 dan jangan la cuai lagi.

1 comment:

norlilasamad said...

Salam, Lyn.
Banyak bersabar lah Lyn. Insyaallah ada fadilatnya. Muhasabah diri dan pasti kita akan jadi lebih tabah dan redha dengan ujian ALLAH ini...