Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Monday, January 10, 2011

3 JANUARI 2011..

Hari ini merupakan hari pertama farza ke sekolah.Macam tak sangka lak anak daraku, farza dah masuk ke tahun 1.Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar.Farza dapat menguruskan dirinya sendiri.Agaknya memang telah ditakdirkan aku mengajar anak sendiri.Macam janggal pula nak mengajar anak sendiri di dalam kelas.Lain la kalau kat umah.Nampaknya aku kena bersikap profesiaonal dan aku lihat Farza pun begiti juga.Di dalam kelas/ sekolah Farza dapat membezakan aku sebagai gurunya.Dia memanggilku "teacher Fazlina".lawak pula bila dengar dia panggil nama tu...
Timetable anakku agak padat.Lepas habis sekolah kebangsaan dia ke sekolah agama.Malam kalau tak mengaji dia akan ke tuisyen.Aku dulu kecik tak macam ni pun...kadang2 rasa kesian gak tapi nak buat macam mana dah mmg trend sekarang ni macam ni.kalau tak anak2ku akan ketinggalan.Bukan aku tak boleh ajar sendiri,masalahnya anak2ku lebih suka belajar dengan org lain.Kalau aku ajar sendiri macam2 la perangainya..Farza dan Aiman xcited sangat belajar tuisyen ngan teacher Lecthumi.Aku macam tak sangka Aiman boleh menulis A,B,C dengan sendiri.Padahal aku tak pernah ajar dia.Farza pun suka dengan cikgu Lecthumi.Aku sangat2 berterima kasih dengan Kak Hapizah kerana telah 'merekomenkan' cikgu tu.
Bercakap pasal Aiman,hari ini juga merupakan hari pertama dia ke Tadika.huhuhu..macam mana la agaknya Aiman kat sekolah.Agak2 cikgu dia faham ke tak apa yang di cakapkannya..Aiman tu dah la pelat dan gagap.Harap2 anak2ku akan biasa la dengan sekolah.
Kepada anak2ku, Afrina Farzana dan Muhammad Aiman Fahim selamat menempuhi alam persekolahan..

Thursday, December 16, 2010

15 DECEMBER....

Tarikh itu merupakan tarikh yang paling bersejarah buat ku..15 Dec 2002 merupakan tarikh perkahwinan aku bersama suami tercinta.Kami selamat di ijabkabulkan pada hari itu.. Macam tak sangka lak masa tu umur aku baru 21 tahun dah bergelar isteri orang.Aku amat kagum dengan suamiku kerana dia sanggup menunggu aku selama 7 tahun untuk aku menjadi suri dalam hidupnya. Bermacam2 dugaan yang terpaksa di hadapinya..Almaklumlah aku ni kan kira budak lagi masa itu..Beza antara aku ngan dia 6 tahun tapi dia memang seorang yang penyabar melayan kerenah aku yang kadang kala ini keras kepala dan suka buat hal sendiri.

1 tahun 9 bulan usia perkahwinanku barulah aku dikurniakan anak.Sebelum itu aku keguguran.Agaknya tak ada rezeki kami..Sepanjang kehamilan, aku menghadapi masalah..rahim aku tak kuat so kalau aku lasak jer pasti bleeding dan aku hampir2 keguguran.Tapi kalau dah memang rezeki aku akhirnya pada 15 September 2004 aku telah selamat melahirkan seorang baby perempuan dan di beri nama Afrina Farzana binti Azaruddin.

24 Jun 2006 aku selamat melahirkan anak yang kedua.Kali ini aku telah dikurniakan seorang anak lelaki dan diberi nama Muhammad Aiman Fahim bin Azaruddin.Semasa kandungan aku berusia 7 bulan aku telah dijangkiti kuman.Masa aku tahu yang aku telah dijangkiti kuman GBS aku rasa terharu dan takut babyku tak selamat.mujur la doktor cepat bertindak dan alhamdulillah babyku sihat sehingga la sekatang ni.

30 November 2008 aku telah melahirkan anak yang ketiga.Kehamilan aku kali ini tidak dirancang.Agaknya dah rezeki aku kot.Babyku diberi nama Adreena Farisya binti Azaruddin.Kali ini nama anakku diberi sepenuhnya oleh suamiku.Anakku yang ini kecil sahaja tapi sangat lincah dan berani.Scha amat istimewa berbanding kakak dan abangnya kerana aku tau yang aku hamil betul2 pada tarikh harijadiku yang ke 27 tahun.Kira ini hadiah dari suamiku.Aku lihat suamiku amat menyanyangi scha ini berbanding yang dua lagi.kakak dan abang pun dia sayang tapi yang ini aku lihat lain sikit..

15 December 2010 genaplah usia perkahwinanku 8 tahun.Suamiku telah membawa aku dan anak2 berjln2 ke Pahang.Seronok rasanya..Walaupun tak ada candle light dinner dan suasana yang romantis tapi aku amat bahagia meraikan hari ulangtahun perkahwinanku bersama anak2.Aku berharap dan berdoa agar perkahwinanku bersamanya kan berkekalan hingga ke akhir hayat..

Tuesday, October 26, 2010

T.E.M.A.N..

Apabila aku mendengar lagu ini membuatkan aku terkenang dengan seseorang sahabat ku yang sangat baik.Dia seorang yang amat berdedikasi dalam apa jua tugasan yang dilakukan.Sepanjang perkenalan ku dengannya dia tak pernah bermasam muka.Sentiasa tersenyum walaupun dalam kesedihan.Aku kagum melihat kegigihannya.Dia seorang yang amat tabah dalam menghadapi dugaan.Kadang kala aku terfikir,adakah aku setabah dia?.Walaupun sekarang ini dia tiada disisiku lagi,aku kan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatannya..aku amat merinduinya...

Monday, October 25, 2010

Mana silapnya....

Setiap kali aku masuk ke kelas 1CS ni aku selalu terpikir apa yang difikirkan oleh budak2 ni..Bila dilihat macam kesian jer..Tapi bila tgk kenakalan mereka aku jadi geram.Hari ni aku masuk ke kelas 1CS dengan harapan tak nak la marah mereka.Kesian aku tgk budak2 ni asyik kena marah je kalau tak dengan aku pasti dengan guru2 lain mereka kena marah.Aku sebenarnya sayang dengan mereka ni.Aku dah anggap mereka macam anak2 aku.Mereka ni marah macam mana pun bukannya faham.Kalau takut sekejap jer,kalau menangis pun sekejap jer, kalau disuruh diam tak sampai 5 minit bising semula.
Hari ini aku ajar mereka tentang article 'a' dan 'an'.dah macam2 cara aku ajar tapi yang dapat tak sampai 10 orang.apa silap aku?aku ni tak pandai merngajar ke?contoh aku dah bagi punya la banyak tapi masih ada lagi yang tak faham.Mereka semua ini betul2 menguji kesabaran aku.Ya Allah apa la yang patut aku lakukan untuk anak murid ku ini agar terang hatinya...

Sunday, August 8, 2010

Periksa datang lagi!!!!

Salam satu Malaysia...
Dah lama aku tak updatekan blog aku ni..Tak sempat rasanya..Banyak tugas yang perlu aku siapkan.Malam ni pun kebetulan buka blog.Malam ni kononnyer nak study tapi oleh kerana RPh aku dah berapa hari tak buat terpaksa la aku menyiapkannyer..Siang tadi aku dk pulun menjawab soalan ps yang lepas2 tapi aku modulnyer tak baca lagi..i apa la nak jadi ngan aku ni?selalu last minute study..kalau macam ni macam ner la nak success dalam peperiksaan.
Setiap kali nak periksa aku ditimpa dengan mcm2 dugaan..Scha, anakku yang kecil ni dah berapa hari tak sihat.makan tak berapa nak..merengek jer..ni dah berapa malam asyik muntah2.Kenapa ek?malan tido dia pun tak lena.setiap satu jam sekali pasti dia menanggis...tention aku dibuatnyer..bila nak study pun mood tak ada.Badan aku pun dah letih..
Pejam celik,pejam celik tak lama lagi aku akan menghadapi peperiksaan.Satu apa pun aku tak faham..Entah apa la yang aku belajar kat maktab.Kali ni jadual periksa aku gak mendukacitakan kerana aku akan menghadapi peperiksaan berturut2.dah la hari kedua kau terpaksa periksa pagi dan petang ditambah pula bulan puasa.Apa la yang aku nk jwb nanti...

Monday, June 7, 2010