Blogger Layouts

THANKS FOR FOLLOW MY BLOG

Sunday, November 25, 2012

Neuron Motor Disease


penyakit yang dikenali sebagai penyakit neuron motor atau Motor Neuron disease (MND) adalah sejenis penyakit saraf yang jarang didapati tapi boleh mengakibatkan kematian. Penyakit ini berlaku apabila sel2 yang mengawal pegerakan saraf tunjang mati dan tidak lagi berfungsi seperti biasa.
walaupun penyakit ini tidak menjejaskan akal fikiran dan penglihatan pesakit, tetapi mereka akan lumpuh. Apabila sakit semakin serius, mereka hanya mampu terlantar di atas katil sahaja. Hilang keupayaan untuk bercakap dan mungkin juga untuk menelan makanan. Tidak ada rawatan bagi penyakit ini. Jangka hayat mereka dianggarkan antara 6 bulan hingga 10 tahun selepas disahkan mengidap penyakit ini.


ada dua faktor kemungkinan penyakit ini. faktor keturunan atau jangkitan virus. Memang susah mahu mengesan penyakit ini pada peringkat awal. Pesakit hanya menyedari selepas beberapa bulan menghidap penyakit ini.  Mereka akan mula berasa kelainan apabila kadangkala gagal mengerakkan tangan atau mengalami kekejangan otot. selalu berasa pening dan mahu pitam. Arwah Mokhtar Dahari dan Borhanudin Joned, kedua-duanya pemain bola sepak dan bekas jurulatih yang pernah terkenal suatu masa dulu menghidap penyakit neoron motor ini.


No comments: