Wednesday, November 25, 2009
Saturday, November 14, 2009
AKTIVITI AKHIR KOKO SESI-09
14 November 09 merupakan hari terakhir untuk aktiviti koko di sekolah aku.macam biasa sebelum memulakan aktiviti, murid2 dikehendaki berkumpul di dataran untuk menyanyikan lagu jalur gemilang, lagu negeri johor dan ada satu lagu wajib yang selalu mereka nyanyikan.(aku pun tak tau aper ntah tajuk lagu tu).sepatutnya selepas nyanyian ada latihan kawad kaki tapi terpaksa di buat selepas kul 10pg...ni gara2 penyelaras koko tak dapat hasdir awal coz hantar anak g spital-sakit.so lepas nyanyian aku bawak la budak2 masuk ke kelas ikut unit beruniform masing2.aku handle budak TKRS.dalam kelas aku n suzana buat games.enjoy la gak budak2 tu...dalam kul 9.30pg kitaorang serahkan tugas kat cikgu baha.cikgu baha(TKRS) n cikgu arif (pengakap) join buat aktiviti memanggang ikan, ubi kayu n kentang.budak2 puteri islam lak buat sandwich.masa belajar memanggang / bakar ni macam2 ragam yang kitaorang tgk.almaklumlah budak2 ni bukan biasa sangat ngan panggang memanggang ni...ada satu kumpulan tu sampai hangus itam legam ikan nyer tapi ikan tu bukannyer masak pun..
Friday, October 23, 2009
"open house"
kat umah kak zehra
kat umah kak lila.
minggu lepas, selepas sekolah aku n rakan2 g umah terbuka muhairani n umah kak lila.sayang masa kat umah kak ai aku terlupa nak amik gambo.kak ai jamu kitaorang macam2...paling best air mangga dia..sedap.dia buat sendiri.kat umah kak ai aku makan banyak sangat.abis diet aku.tak tahan godaan makanan yang sedap2 tu....
selepas g umah kak ai kitaorang g umah kak lila lak. kat umah kak lila kitaorang di jamu ngan laksa johor.emmmm...sedap sangat!kebetulan aku mmg suka makan laksa johor..kak umah kak lila aku sempat gak amik gambo.
lepas g umah kak lila, aku, kak sue, kak yus n kak rohaizah singgah sekejap kat umah kak zehra.lama tak jumpa dia.almaklumlah dia sekarang mengajar kat convent.makin cantik lak aku tengok kak zehra sekarang ni....
raya pun dah lepas, sekarang ni terpaksa la aku control makan.masa bulan pose berat badan ada la turun sket, bulan syawal berat badan naik mendadak...tentionnyer!!!!!!macam ner nak turunkan berat badan ni?
aktiviti budak2 tahun 6 2009.
minggu lepas budak2 tahun 6 sekolah aku buat pertandingan nyanyian hari raya.macam2 ragam yang aku lihat....tak sangka ada dikalangan diaorang ni yang berbakat dalam nyanyian n lakonan.kreatif gak....
program ni kak sue yang rancang.sajer2 untuk mengisi masa untuk budak2 tahun 6 yang dah habis upsr.daripada mereka buang masa macam tu ajer baik buatkan diaorang program.sekurangnya ada gak kenangan yang terindah yang boleh mereka ingat zaman2 sk rendah.
Friday, October 2, 2009
KENAGAN BERSAMA KDP 14 MINGGU OUM AMBILAN JUNE 09
Semalam, 2 Oktober 2009 merupakan hari terakhir ku bersama-sama ngan rakan2 KDP 14 Minggu.Banyak betul kengan manis bersama mereka walaupun sekejap jer masa tu berlalu.Rasa sedih bila berpisah ngan rakan2. rakan2 ku ramai yang menitiskan airmata, aku lak tak boleh menitiskan airmata...ramai kata aku ni tak ada perasaan tapi pada hakikatnya hati ni sedih...
Di KDP ni aku ada rakan baik..klik la kiranya,mereka ialah kak kinah,kak iza, kak yati, kak nida n kak saba.mereka ni baik sangat ngan aku...sebelum kitaorang brpisah...kitaorang ada bertukar2 souvenir.kak iza n kak sakinah bagi kitaorang brooch, kak saba bagi perfume,kak yati bagi bahan baju warna hijau n kak nida bagi kitaorang beg duit n towel kecil. aku lak bagi barang kenang-kenagan sampul handphone.
Next week kitaorang semua akan bertugas semula kat sekolah masing2.walaupun, kita tak jumpa lagi harap2 kita semua dapat berjumpa kat smp.....Insyaallah...
kenangan di crystal inn...
kenangan jamuan kat kelas.....
Tuesday, September 22, 2009
SELAMAT HARI RAYA......
Salam,
Hari ini merupakan hari raya yang ke-4. Cepat betul masa berlalu. Semalam aku tak kemana pun. Dok umah jer, kebetulan semalam ada kawan aku datang, Kak Aisyah sera anak2nya and makcik, sepupu serta adik aku datang beraya.
Hari ni lak mak mertua aku ajak beraya...dugaan tul la...aku satu aper pun tak baca buku lagi ni..Hari Isnin dah exam...Adoi!!!macam ner ni?!..malam tadi nak buat LMS asyik hang jer...
Susah la nak cakap, sekarang ni kan bulan raya...tak g umah sedara mara tak patut lak...
lupa lak aku masuk blog hari ni sebenarnya nak wish kat membe yang mengenali diriku ini n kepada semua2 blogger yang dah penah ygk blog aku yang ntah aper ntah ni...
aku n family nak ucapkan selamat hari raya. maaf zahir dan batin. raya jemput la datang umah...
Friday, September 18, 2009
raya!!!!
Raya tinggal beberapa hari je ni..Insyaallah Ahad ni raya.Pada aku tahun ni kemeriahan raya tu hanya untuk anak2 jer...Tahun ni macam2 dugaan la.Nak raya sakan pun tak kot...sederhana je.Lagipun orang sibuk2 raya aku kena study coz naik cuti raya aku terus final exam...tak best tul raya tahun ni....
Nak kemas umah pun tak ada mood.Kain baju ada 2 bakul tak berlipat ni...Siang tadi konon2nya nak kemas umah tapi hampeh...baru je nak kemas anak2 aku dah tolong kemaskan...si baby tu lagi la pandai mengemas.At last, aku n family balik kampung hantar kuih raya n air botol.Sampai BP tadi dah kul 5.30ptg.aku terus ke dapur masak..Hari ni hubby aku nak makan mee hoon goreng la pulak...kalau ikutkan ati malas nak masak.
Tadi husband aku xcited nak amik gambo anak2nya pakai baju raya.Raya tak lagi dah bz nak pakai baju raya...Apa lagi melaram la anak2 aku ngan baju raya diaorang..NAk amik gambo dah sikit punya susah lagi2 Eisya.Aiman lak asyik buat lawak n tak serius bila amik gambo.Faza tak yah citer la...dia mmg minah melaram.Penat gak layan 3 kepala ni...
Tahun ni aku raya BP dulu..Aku masak ngan mak mertua aku tahun ni...Mak mertua aku dah suruh aku buat sambal kacang.Maybe malam ni kalau tak pun esok pagi lepas sahur aku buat sambal kacang tu...ayam dalam 5 ekor aku nak goreng esok..minta2 Eisya tak meragam la...barang2 tak belanja lagi ni..pagi tadi ujan lebat.esok pagi lepas subuh hubby aku g pasar. Nasib baik la umah aku ngan pasar dekat jer...senang la sikit. jangan hubby aku malas bangun pagi esok sudah...bukan ape esok mesti ramai orang yang g belanja nak raya ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)


