Blogger Layouts

THANKS FOR COMING HERE

Tuesday, March 22, 2011

Puyuh Masak Lemak Cili Api + pucuk ubi

Hujung minggu hari tu entah kenapa tekak aku teringin lak nak makan puyuh masak lemak cili api ngan pucuk ubi..so pagi2 lagi aku kerahkan laki aku bli santan. Kebetulan semlam aku aku g pasar malam n bli 10 ekor puyuh n pucuk ubi.Pada mulanya aku nak goreng je puyuh tu tapi leh ubah plan lak.Oleh kerana aku bli sampai 10 ekor puyuh so dapat la aku agih2kan kepada 3 buah umah(umah aku,mak mertuaku n umah ayu-adik iparku)



(utk makan 4-6 org)
Bahan-Bahan:
Burung puyuh 4ekor ( potong 4)
Pucuk ubi 1 ikat(RM1)-diramas2 dengan garam sehingga keluar airnya.
Santan 1 plastik yang kecil je( RM3)
Serai 1 batang (dititik)
Cili Api 20 biji( ikut suka)
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2/3 ulas
Kunyit hidup (ikut suka)
asam keping 1 keping
garam secukup rasa
gula secukup rasa

cara-cara:
1. Bawang besar,bawang putih,cili,kunyit di blend. kalau nak biji cili mudah diblend campurkan dalam 2/3 sudu minyak masak.
2.Masukkan bahan2 yang telah diblend bersama dengan puyuh , serai yang telah dititik + sedikit air
3. Masakkan bahan2 tadi sehingga separuh empuk.
4. kemudian masukkan pucuk ubi yang telah gaul dan diramas dengan garam( pastikan pucuk ubi tu dibasuh dahulu)
5.masak sehingga empuk. kemudian masukkan santan,sedikit gula,garam secukup rasa. ( masak dgn mgunakan api yang kecil.)
6. kemudian masukkan sekeping asam keping dan akhirnya sedia utk dimakan....

No comments: